100 Hari pertama Buku_Jingga

Selain menggariskan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh negara, Buku Jingga turut menggariskan agenda pada 100 hari pertama pentadbiran Persekutuan Pakatan:

  • Mereformasikan insititusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.
  • Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
  • Mengarahkan Khazanah Nasional Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.
  • Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.
  • Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.
  • Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.
  • Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.
  • Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.
  • Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%.
  • Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah

Rujukan

WikiPedia: Buku_Jingga http://www.niknazmi.com/wordpress/?p=2527 http://rafiziramli.com/wp-content/uploads/2011/09/... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://wanazizahblog.files.wordpress.com/2010/12/b... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/10... http://thestar.com.my/news/story.asp?sec=focus&fil... http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121202/p... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt... http://www.epu.gov.my/gtp http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/c...